JOM BERNIAGA - DAPATKAN ILMU UNTUK BERMULA!



Salam hormat dan salam sejahtera!


Entri kali ini adalah berkaitan dengan perniagaan. Jika disebut 'berniaga' maka tidak dinafikan hampir semua orang berminat untuk berniaga. Malah dunia perniagaan kini bukan hanya tertakluk kepada perniagaan secara fizikal dan konvesional sahaja. Perniagaan kini dilihat semakin mudah untuk dijalankan dengan perkembangan dunia internet dan perkembangan teknologi-teknologi 'gadget' yang semakin canggih bagi sesuatu urusniaga perniagaan dijalankan.



Perniagaan adalah amat penting dalam dunia islam itu sendiri, Al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang ini. Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. sendiri pada usia mudanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun untuk berniaga haruslah kita berhati-hati agar ianya sentiasa menepati dari sudut etika berniaga dan sentiasa di dalam persfektif seperti yang dituntut dalam agama dari sumber Al-Quran dan Al-Sunnah.



Perniagaan yang ingin disentuh pada kali ini lebih tertumpu kepada PERNIAGAAN KONVENSIONAL. (Bukan Perniagaan Secara Online)


Masih ramai lagi dikalangan masyarakat yang berminat untuk menjalankan sesebuah perniagaan. Tidak kurang juga yang berminat tetapi takut dan tidak yakin menanggung sebarang risiko untuk mula berniaga!

KEYAKINAN UNTUK MULA BERNIAGA
Ramai yang minat berniaga tetapi ramai juga yang kurang berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan. Kurang keyakinan antaranya adalah disebabkan perkara-perkara berikut;

  1. Tiada ILMU
  2. Tidak mempunyai modal yang besar
  3. Tidak berani dan tiada pengalaman menjalankan sebarang perniagaan
  4. Tidak tahu dimana nak bermula
  5. Pernah mencuba dan pernah gaga;
TIADA ILMU
Adakah anda ketahui bahawa masalah paling utama orang tiada keyakinan diri untuk mula berniaga adalah kerana Tiada Ilmu?

PERSOALAN
Bagaimana untuk mendapatkan Ilmu?

KEPENTINGAN ILMU

  • Bagaimana kita mula mendapat ilmu semenjak dari kita kecil sehingga kita dewasa mengenali Dunia dan Pencipta dan dari situ kita mula membuna apa yang dipanggil Pengalaman Hidup?
  • Dalam Islam, surah iqra' - umat manusia disuruh MEMBACA
  • Lengkapnya sebuah AL-Quran - maka umat diminta membaca dahulu, fahamkan dan mula mentafsir dan seterusnya jadikan amalan kehidupan berpandukan dari pembacaan dan pemahaman apa yang disampaikan oleh Al-Quran tersebut
  • Tuhan telah nyatakan, segala ILMU ada dalam pembacaan Al-Quran.
  • Segala-galanya bermula dengan PEMBACAAN!
  • Ianya bermula dengan PEMBACAAN, kemudian kita mula mencari GURU, langkah seterusnya kita mencari MENTOR atau GURU atau orang sekarang menggelarkan 'SIFU'
  • dan apabila ilmu dan keyakinan telah kukuh barulah kita ada keyakinan dan mula membina PENGALAMAN!
  • Melalui PENGALAMAN pula ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya......
Nampak langkah-langkah tersebut?. Apa yang nak ditekankan disini adalah buangkan

  • Sifat Ego
  • Sifat Berniaga Kerana Ingin Kaya
  • Sifat Ingin Cepat Kaya
  • Sifat Ingin Mencari Jalan Pintas
  • Sifat Dipengaruhi Keadaan Terdesak

Ini kerana perkara-perkara beginilah yang akan membuatkan anda senang dan mudah ditipu, tidak berjaya, tamak dan segala-galanya yang merugikan dalam membina erti kata sebuah perniagaan yang benar-benar berjaya!

MANA NAK CARI SEMUA ILMU PERNIAGAAN INI?

Untuk itu jika anda benar-benar berminat untuk menjalankan perniagaan, saya cadangkan anda dapatkan beberapa ilmu perniagaan yang mungkin kena dengan minat anda! Anda yang sedang mencari-cari atau tercari-cari apa jenis perniagaan yang bersesuaian maka anda bolehla membuat keputusan.
Namun untuk mendapatkan ilmu ini anda harus mengeluarkan sedikit modal.
Ianya adalah satu pelaburan yang amat kecil.......percayalah tiada satu perniagaan pun yang tidak memerlukan modal.
Disini, anda akan memperolehi ilmu yang dikongsikan secara jelas segala panduan, nasihat dan perkara yang boleh dicontohi.
Apa yang lebih menarik, semua Ilmu-ilmu ini telah dikongsi oleh mereka yang benar-benar menceburkan diri didalam perniagaan masing-masing. Oleh itu pengalaman dan pencapaian para penulis ini adalah TESTIMONI terbaik daripada mereka dan ianya bukan hanya setakat memberi Ilmu Teori sahaja!.

DAPATKAN ILMU PERNIAGAAN YANG DIKONGSI OLEH MEREKA-MEREKA YANG TELAH BERPENGALAMAN MELALUI PERKONGSIAN MELALUI PENULISAN. 



     Anda inginkan ilmu bagaimana nak mulakan perniagaan dan belajar menjana keuntungan dengan menjual air seperti didalam gambar? Anda boleh KLIK DISINI dan dapatkan perkongsian yang amat menakjubkan ini. Semuanya dikongsikan daripada A sehingga Z. anda pasti akan menjadi lebih yakin untuk mencuba!


2. Perniagaan Aiskrim

  Ketahui bagaimana anda dapat menjana RM 5,000 sebulan hanya dengan menjual Aiskrim. Nampak hanya jual aiskrim, tak glamer langsung tapi jangan salahsangka, silapharibulan pendapatan mereka adalah lebih tinggi daripada gaji seorang eksekutif atau agen insurans. Nakkan ilmunya?. Anda boleh KLIK DISINI!


3. Perniagaan Bakery

   Ini satu lagi jenis perniagaan yang ramai tidak menyedari bahawa ianya berpotensi untuk melahirkan jutawan. Ramai yang mempunyai skill dan menjalankan perniagaan ini sekadar melepaskan batuk ditangga. Jika anda sedang atau berminat dengan perniagaan ini, maka anda harus mengetahui rahsianya dan mula berfikiran 'diluar kotak' untuk menjadi lain dari yang lain. Nak tahu rahsia nya?. Anda boleh KLIK DISINI!


4. Perniagaan Menjual Burger


 Perniagaan menjual burger sudah lama bertapak di Malaysia. Tetapi malangnya kita hanya lebih mengenali sipenjual burger dengan gerainya ditepi jalan dan 3 tahun kemudiannya kita akan dapati gerai tersebut masih tetap sama.....tiada apa-apa perubahan. Dapatkan ilmunya disini, bagaimana perniagaan menjual burger ini mampu merubah kehidupan anda. Anda kini ada 2 pilihan, samada meneruskan perniagaan dengan senario diatas atau pun melakukan transformasi menjadi seorang usahawan perniagaan burger yang bergelar Jutawan! Jika anda tidak lokek untuk memiliki ilmunya, sila KLIK DISINI!



5. Perniagaan Berkaitan Dengan Fotografi


 Tahukah anda bahawa ada mereka yang menjadi usahawan fotografi bermula dengan sekadar sebagai hobi tanpa kelulusan professional?. Malah ada yang bermula hanya dengan memiliki sebuah kamera yang bernilai hanya ratusan Ringgit Malaysia sahaja. Sesiapa yang memiliki minat dan hobi seperti ini anda boleh KLIK DISINI!



 Perniagaan berasaskan penternakan juga dapat menjamin pendapatan yang lumayan sekiranya dilaksanakan dengan betul. Penternakan Ikan Tilapia adalah salah satu daripadanya, malah ianya juga sesuai untuk dijalankan dikawasan penempatan tanpa menganggu penduduk sekitar. Anda juga diberi idea berkaitan peluang pasaran yang ada dan bagaimana anda boleh jadi pembekal dengan tidak perlu menanggung kos-kos pengangkutan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ilmu berkaitan penternakan ikan tilapia ini bolehlah KLIK DISINI.


7. Penternakan Kambing


 Satu lagi perniagaan atau penternakan paling digemari ramai ialah memulakan penternakan Kambing. Kadang-kadang kita mewarisi tanah pusaka dikampung tetapi ramai yang hanya menyimpan dan malah menjual tanah tersebut untuk kesenangan yang sementara. Apakata jika sumber yang ada itu anda mulakan dengan menternak kambing. Pasaran masakini anda sendiri boleh lihat dari segi kenaikan harga kambing seekor. Kalau 5 tahun dahulu harganya mungkin disekitar RM 700++ untuk seekor kambing....tapi kini ianya mencecah RM900 ke RM1,000 seekor. Kini semakin ramai pula yang membuat acara rumah terbuka, majlis syarikat, hotel-hotel, musim hari raya haji dan sebagainya. Nak menceburi bidang ini?. Sila KLIK DISINI.


MEMBACA ADALAH ILMU.....Namun Hasil Usaha adalah apa yang anda perolehi setelah segala ilmu yang di perolehi telah diamalkan.
Berjaya atau Tidak itu adalah faktor yang kedua......percaya atau tidak?, ramai yang tidak berjaya bukan kerana tidak membaca tapi, ramai yang GAGAL kerana gagal mengambil tindakan....malah terus memberi alasan dan komplen. Allaaaa.....semua dah baca, semua teori aje.
Masalah paling utama....Adakah anda dah cuba laksanakan TEORI tersebut?
SUDAH KE BELUM?

Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya.....Jangan jadikan diri kita sebagai mangsa keadaan dalam keadaan terdesak. Kini ramai yang mudah tertipu didalam internet kerana faktor ini. Gunakan kesempatan untuk belajar adalah lebih baik daripada menghabiskan satu-satunya sumber duit yang ada dengan hanya untuk kaya lebih cepat melalui perniagaan skim-skim bayar sekali dapat ribu-ribu dengan tanpa melakukan apa-apa. 

Di Doakan semoga anda menemui Satu Perniagaan yang dapat mengubah hidup Anda!




Comments