Dapat RM 2,000 Untung Bersih Untuk Kerja 2 Jam

Tajuk di atas adalah untuk kerja 2 jam.....tapi hari itu dia bekerja 6 jam. Kalau ikut anggaran kasar, Rm 2,000.00 X 3 = RM 6,000.00.
Pendapatan dia pada hari itu sahaja dah RM 6,000.00. Macam mana hari-hari lain pula. Oh! ya, dan pekerjaan ini hanyalah kerja sambilannya sahaja. Lumayan dan menarik bukan?
Nak tahu apa rahsianya?........teruskan pembacaan anda.



Di dalam entri terdahulu bertajuk Jom Berniaga - Dapatkan Ilmu Untuk Bermula, ada disenaraikan salah satu perniagaan yang mampu memberi pulangan menguntungkan adalah melalui seni, hobi dan minat terhadap fotografi. Masih ingat lagi kan?.

Namun, mungkin ramai yang mengatakan untuk menjadi seorang yang professional kita kena keluarkan modal yang banyak sebab nak kena hadir khursus, nak kena tau benda-benda teknikal pasal peralatan kamera dan juga tak kurang juga nak kena beli peralatan yang boleh tahan harganya. Di atas faktor-faktor inilah menyebabkan ramai yang mempunyai minat atau hobi terpaksa melupakan hasrat mereka.

Adakah benar faktor-faktor diatas maka anda hilang kepercayaan bahawa hobi anda ini sebenarnya dapat menjana pendapatan yang lumayan. Adakah anda masih berfikiran jika hendak memulakan perniagaan fotografi anda wajib mempunyai studio sendiri dahulu. Kalau anda masih mempunyai fikiran seperti itu maka anda masih berfikiran kolot.

Saya bukanlah seorang pakar untuk memberikan tips bagaimana untuk berjaya didalam bidang ini. Namun saya mempunyai seorang adik yang kini tak menang tangan nak penuhkan permintaan mendapatkan perkhidmatan fotografi baik dimajlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis perasmian dan sebagaiya. Apa yang menarik, ianya bermula 100% daripada minat beliau sendiri, kemudian 70% ilmunya adalah diperolehi melalui pembacaan.........sekarang sumber membaca memang banyak. Kalau malas membaca macamana segala ilmu nak berkembang bukan. Salah satu bahan pembacaan paling awal yang di beli oleh beliau adalah ebook yang terdapat di blog Jom Berniaga - Dapatkan Ilmu Untuk Bermula.


 Nak Mulakan Minat Baru dan Menjana Pendapatan Melaluinya?


Selain itu beliau turut membaca kisah-kisah kejayaan orang lain yang terdapat di blog-blog lain. Contohnya seperti blog berikut;

1. Buka Kedai Gambar Tanpa Ilmu Fotografi
2. 2016 : Cari Duit Dengan Fotografi, Apa Yang Perlu Dilihat

Dia tak pernah menghadirkan diri pada mana-mana khursus professional pun. Malah katanya, peralatan kamera pada zaman sekarang tak sama macam zaman-zaman dulu. Sekarang kalau pandai guna aplikasi, ditambah dengan kreativiti dir sendiri kita dah boleh dapatkan hasil yang macam pro. Sekarang nak klik banyak mana pun gambar tak apa, bukan pakai kamera filem pun, macam dulu-dulu tu.
Nak promosikan diri pada rakan-rakan tentang perkhidmatan fotografi kita pun tak sesusah dan semahal dulu......malah dengan adanya media sosial ni lagi jimat kos pengiklanan. Cuma nak kena kreatif aje.....bila dah dapat projek pertama, kongsi aje dalam media sosial.....berkongsi sambil-sambil buat marketing. Iklan free aje. Itulah serba sedikit rahsia dia.....sekarang ni kekadang income kerja tetap dia dah jauh ketinggalan. Peralatan kamera pun dah pandai beli yang berharga disekitar RM 2 K, RM 4K.....

Benarkah Peralatan Fotografi Terlalu Mahal?



OK, ini komen adik saya berkaitan dengan peralatan kamera. Bagi pendapat beliau jika kita ingin bermula atau baru bermula, kita tak perlu beli kamera yang baru. Malah peralatan-peralatan pun cukup dapatkan yang asas dahulu. Bukan apa, peralatan pertama itu adalah untuk kita berlatih.

Orang fotografi ni mesti ada 'taman dalam hati' .....mereka minat pada pemandangan, mereka ada view tersendiri dan cara mereka menginterpretasikan sesuatu gambar yang diambil adalah berbeza dengan cara kita melihat dari sudut pandangan orang biasa, sebab tu lama kelamaan dengan kemahiran yang semakin membina maka keperluan pada peralatan yang mahal dan canggih adalah satu keperluan.

Oleh itu kalau baru nak start dan budget agak terhad beliau tak menggalakkan minat itu dihalang oleh faktor kemampuan untuk membeli peralatan fotografi yang mahal-mahal.

Penyelesaian Dan Mana Nak Cari?

Sewaktu mula berkecimpung dalam dunia fotografi, kedai yang mula-mula dan sehingga kini masih di percayai oleh adik saya ini adalah di Shashinki Sdn. Bhd. 

Disini, anda boleh mencari pelbagai barangan dan peralatan fotografi yang anda inginkan, daripada barangan baru hinggalah ke barangan 2nd hand. Barangan 2nd hand di Shashinki Sdn. Bhd. ini adalah dalam keadaan yang baik dan memuaskan. 

Sekiranya ada berlaku kerosakan, Shashinki Sdn. Bhd. juga ada menyediakan perkhidmatan pembaikian dan ia dilakukan oleh technician mempunyai kepakaran dan pengalaman. Malah, bagi penggemar perniagaan fotografi ini, anda juga boleh membeli secara 'online'.

Jika anda berminat untuk melihat produk-produk peralatan kamera anda bolehlah Klik banner di bahagian kanan blog ini. So apa lagi......minat nak jana income dengan hobi anda?. 

Jom Cari kelengkapan pertama anda dahulu........tapi tunggu!. 
Kalau masih nak tahu rahsia sebenar bagaimana nak jadi fotografer yang berjaya, dapatkan ilmu dan rahsia yang dikongsi dengan Klik DI SINI.







Comments