Ada ahli keluarga atau rakan-rakan baru menimang cahaya mata?. Macam mana nak bagi surprise pada mereka?
Saat menanti kelahiran anak adalah saat yang paling indah dalam kehidupan seseorang apabila sudah mendirikan rumahtangga. Bagi yang sudah pernah mengalaminya, ianya adalah satu pengalaman yang amat sukar digambarkan kerana melahirkan zuriat adalah salah satu matlamat suci kewujudan sesebuah institusi keluarga!.
Sinopsis
Seringkali ada yang berfikiran apabila lahirnya seorang ahli keluarga baru, maka ianya akan menambah lagi beban ekonomi keluarga. Yalah kan, kalau dulu tak perlu beli pampers sekarang dah kena beli. Kalau dulu tak payah beli susu, sekarang dah kena beli susu. Itu tak termasuk perbelanjaan lain untuk membeli pakaian dan peralatan bayi yang lain.
Jangan risau, dalam agama anak itu merupakan rezeki dan amanah yang diberikan oleh Pencipta kepada kita. Setiap anak yang lahir itu sudah dijamin rezekinya oleh Allah s.w.t. Kita kena yakin dan bersyukur dengan kurniaan tersebut.
Bercakap berkaitan dengan perbelanjaan untuk membesarkan bayi, sebenarnya kita dapat membuat banyak pilihan. Barangan atau produk-produk baby sebenarnya tak perlu sangat untuk kita berhabisan kerana jangka hayat penggunaan sesuatu produk amat pendek apabila bayi meniti usia semakin membesar.
Kadang-kadang dengan kelahiran bayi, sesetengah kita rasa macam pergerakan untuk harian sudah terganggu. Jalanilah kehidupan seperti biasa, kini segala perasaan itu tak perlu dirisaukan kerana terdapat banyak produk-produk baby yang ada di pasaran. Malah anda masih boleh terus beraktiviti seperti biasa, samada pergi berekreasi, bersiar-siar, bercuti dan sebagainya. Contohnya, anda boleh memiliki 'Multifunctional Portable Ventilate Adjustable Buckle Stick' yang memudahkan pergerakan anda ke mana-mana. Sekiranya bayi anda masih kecil, disini ada produk menarik untuk anda miliki atau dijadikan sebagai hadiah.
Memperkenalkan 'Mambo Baby Cot'. Produk ini amat sesuai dan ianya boleh dijadikan beg 'multipurpose' untuk mengisi barangan bayi anda juga selain dijadikan tilam selesa untuk bayi. Bukan untuk anda? Ianya juga amat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang baru menimang cahaya mata. Mungkin anda ada kelainan kerana majoriti akan memberi hadiah berupakan pakaian bayi bukan?
Penyelesaian
Bagi mana-mana pasangan yang mempunyai kelahiran baru, pergerakan untuk kemana-mana mungkin agak terbatas kerana kehadiran bayi akan meningkatkan lagi perasaan risau anda. Kini dengan memiliki Mambo Baby Cot, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan keresahan tersebut. Malah rekabentuknya yang unik seperti sebuah beg yang mudah dibawa kemana-mana dan ianya juga kelihatan cantik dan comel!.
Mambo Baby Coat
Ulasan Dan Spesifikasi Menarik Tentang Produk Ini
Mambo Baby Cot ini mempunyai sistem aliran udara disebelah tepinya dengan jaringan fabrik khas disebelah dalam dan luarnya. Ini akan memberikan sistem aliran udara yang selesa kepada bayi apabila ditidurkan didalam baby cot ini. Rekabentuk sisinya juga dapat mengawal posisi tidur bayi anda.
Ianya amat mudah untuk digunakan dan amat 'portable' untuk dibawa kemana-mana. Ianya juga boleh diubah menjadi tilam baby dan sesuai diletakkan diatas katil disisi bapa dan ibu. Ianya memang direka khas untuk keselesaan bayi. Jangan bimbang, ianya boleh dibasuh, amat ringan dan boleh dilipat, sesuai untuk dibawa bercuti atau balik ke kampung.
Ukuran saiz sebenar Mambo Baby Cot adalah seperti gambar dibawah;
Harga dan Mana Nak Cari?
Purata harga yang terdapat dipasaran adalah rata-rata disekitar RM 80.00 ke RM 100.00 untuk produk ini. Anda boleh 'browse' atau cari produk ini di Laman-laman web lain. Namun jika anda ingin membeli terus dari laman blog ini, harga yang ditawarkan oleh vendor iklan ini adalah amat berbaloi malah kos penghantaran adalah PERCUMA.
Sekiranya anda berminat untuk membeli pada harga istimewa ini, anda boleh KLIK DISINI untuk melakukan pembelian.
Penghantaran adalah diantara 5 ke 7 hari dan anda boleh melakukan pembelian melalui 'Paypal' atau juga menggunakan kad kredit atau kad ATM debit anda. Anda hanya perlu 'create new account' dibahagian Paypal dan isikan maklumat alamat untuk penghantaran barang.
Ingin membeli?. Sila KLIK DISINI.
Comments
Post a Comment