SINOPSIS
Pernah tak anda menghadapi situasi ini samada di rumah ke, di pejabat ke atau di dalam kereta anda sendiri?
- Mana pulak aku letak kunci kereta tadi?
- Time nak ni laaa selalunya dia tak ada...
- Sayang! Ada nampak tak wallet abang dimana?
- Eh....Mana pergi kucing kita si comel tu?, sehari tak nampak?
- Awak ada nampak tak phone saya tadi?
Ok itu adalah antara situasi-situasi yang selalu dialami oleh semua orang. Bila terjadinya barang hilang atau kita lupa dimana tempat terakhir kita simpan, ini akan mencetuskan situasi panik, bagi yang panas baran mood pun dah mula berasap.
Situasi ni jangan ingat terkena pada orang yang dah berumur sahaja.....orang muda pun selalu kena bukan?, kadang-kadang mencari barang yang hilang ni boleh sampai bergaduh laki bini.
PENYELESAIAN
Memperkenalkan satu produk yang boleh menyelesaikan masalah-masalah seperti diatas,
Memperkenalkan, Produk dengan jenama 'NUT 2' atau;
NUT 2 INTELLIGENT BLUETOOTH ANTI-LOST TRACKING TAG ALARM PATCH TWO-WAY SMART FINDER WHITE
CIRI-CIRI UTAMA PRODUK INI :
- Peranti anti kehilangan berfungsi secara 2 hala
- Satu penyelesaian mencari barang yang hilang atau kita terlupa letak di mana
- Memberi informasi lokasi barang yang dicari
- Pencarian juga boleh dilakukan dengan menggunakan internet
- Penggunaan kuasa bateri yang rendah
- Menguruskan kepelbagaian
Sebuah Gadget Untuk Mencari Barang
Tak kira seluas mana rumah anda, anda hanya perlu aktivate kan applikasi Nut di phone,
aktifkan process pencarian bijak dengan menggunakannya!
Apa Lagi Ciri-ciri Menarik yang lain tentang NUT 2?
1.) Item Find Network
Sekiranya kucing atau peliharaan kesayangan anda hilang, kesemua mereka atau jiran yang mempunyai applikasi NUT 2 ini akan dapat sama membantu mencarinya. Aplikasi Nut ini akan memberi lokasi terakhir kucing anda berada (Sekiranya ia telah berada diluar kawasan yang boleh dicapai oleh NUT 2).
Sekarang sesiapa sahaja yang turut mempunyai aplikasi NUT 2 dapat membantu mencari dan anda akan diberitahu oleh pengguna NUT 2 yang lain sekiranya ia telah dijumpai.
2.) Fungsi Mencari Handphone Anda
Anda terlupa tinggalkan handphone anda dimana?
Jangan bimbang, keluarkan NUT 2 dari wallet and dan tekan butang NUT 2.....
Handphone anda akan berdering.....dan anda tahu lokasinya, mungkin dibawah katil, dibawah bantal?
3) Fungsi Anti Kehilangan 2 Hala
Anda boleh setkan barangan penting anda seperti wallet dan handphone agar ianya sentiasa berada disisi anda,
Sekiranya handphone atau wallet anda dicuri, pada jarak tertentu NUT 2 anda akan berbunyi, tandanya barangan tersebut tidak berada bersama anda!
4) Peringatan Sambungan
Apabila anda bercuti dan meletakkan Nut di dalam beg pakaian anda maka anda dapat mengelak daripada situasi orang lain cuba untuk mengaku bahawa beg tersebut adalah kepunyaannya. Anda dapat membuktikan beg kepunyaan anda dengan menyambungkan aplikasi dan gunakan phone untuk memberi isyarat kepada NUT 2 yang berada di dalam beg pakaian anda! NUT 2 akan berbunyi apabila anda hantar isyarat menggunakan handphone anda.
5.) Peringatan Lokasi
Sekiranya anda ke luar negara atau bercuti dan anda tertinggal beg laptop atau wallet di hotel tempat anda menginap, anda tidak perlu risau.
Walaupun anda telah berada dirumah dan NUT 2 anda berada diluar jangkauan pencarian.....NUT 2 anda akan memberikan maklumat terakhir didalam Peta lokasi terakhir dimana barangan tersebut masih berada bersama anda. Ya, walaupun lokasi anda yang terakhir adalah diluar negara, jadi anda boleh hubungi pihak hotel dengan segera!
6.) Pencarian Melalui Internet
Anda tak perlu risau tentang had jarak boleh dijejaki. Sistem NUT 2 membolehkan sesiapa yang mempunyainya dapat membantu mencari barangan anda. Apabila sesiapa sahaja yang memiliki NUT 2 menjumpai barangan anda mereka akan memberikan lokasi barangan anda tersebut. (** Syaratnya, mereka adalah pengguna NUT 2 juga)
Ukuran Size NUT 2 Sebenar Adalah Seperti Berikut;
Pro
1.) Anda tak perlu risau dan panik lagi jika kehilangan barang
2.) Sistem Aplikasi yang mudah untuk di install
3.) Bersaiz kecil dan boleh diselitkan ke barang berharga anda seperti didalam wallet, sebagai keychain, rantai untuk binatang peliharaan malah boleh dijadikan gelang bila membawa anak-anak kecil bershopping dikawasan ramai orang.
4.) Menggunakan Bateri jam yang mampu dimiliki
Kontra
1.) Jarak maksimum pengesanan hanya 50 M. Sekiranya NUT 2 berada diluar dari radius 50 M, maka ia akan memberi lokasi terakhir barangan berada di dalam peta anda.
2.) Tiada petunjuk jangka hayat bateri kerana NUT 2 tidak ada fungsi on dan off. Namun mengikut jangkaan diberi ianya mampu bertahan sehingga 6 bulan.
3.) Fungsi Item Find Network dan pencarian internet hanya berkesan sekiranya dikawasan barangan yang hilang terdapat mereka yang hanya menggunakan sistem NUT 2 jadi ianya agak subjektif.
Rating Produk
8/10
Rating Produk
8/10
Harga dan Bagaimana Untuk Membelinya ;
Namun, bila melihat kepada fungsi-fungsinya ternyata ianya amat berbaloi untuk dimiliki. Ini adalah kerana harganya amat rendah bagi memiliki satu peralatan yang mampu memberi fungsi-fungsi keselematan seperti diatas.
Anda boleh memiliki NUT 2 dengan harga dibawah RM 50.00 sahaja untuk satu unit. Terdapat juga agent-agent yang menjualnya melebihi RM 50.00 dipasaran luar.
NUT 2 didatangkan dengan 3 pilihan warna iatu PUTIH, HIJAU dan OREN.
Sekiranya anda berminat untuk membeli NUT 2 anda boleh klik DISINI!
Comments
Post a Comment